Search

Tidak ada manusia atas muka bumi ini boleh jadi pa...

  • Share this:

Tidak ada manusia atas muka bumi ini boleh jadi pandai tanpa didikan Guru. Tidak ada manusia yang boleh berjaya tanpa ada guru disisi mereka.
.
Dikala kita ni masih budak hingusan, mereka yang bantu kesat hingus kita. Dikala kita masih jahil, merekalah keluarkan kita dari kejahilan.
.
Boleh bayangkan, kalau hidup kita ini, tak ada langsung guru yang mengajar kita?
.
Kesempatan ini juga, saya & Team Momentum ingin mengucapkan Selamat Hari Guru special untuk Mentor kami, Datuk Wira Dr. Hj. Azizan Osman, guru-guru kami ketika kami belajar di Universiti, di sekolah-sekolah, guru-guru yang secara tak langsung mengajar kami sama ada dalam akademik ataupun kehidupan.
.
Teristimewa juga, ucapan selawat dan salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW yang merupakan murabbi paling agung mendidik umatnya menjadi mukmin yang sejati.
.
InsyaAllah, jagalah hubungan kita dengan setiap guru yang pernah mengajar kita. Jangan pernah sesekali menghina mereka. Kena ingat, tanpa mereka, kita takkan dapat apa yang kita capai hari ini.
.
Antara perkara yang menjadikan hidup ini penuh keberkatan adalah apabila kita sentiasa menghormati guru, sangat menjaga adab dan akhlak dengan guru.
.
Tak lupa juga sama-sama kita doakan saudara kita yang berada di Palestin bebas daripada kekejaman Yahudi.
.
Semoga Allah berkati kita semua. Aamiin..
.
#selamathariguru
#momentuminternet
#ORMnajibasaddok


Tags:

About author
Momentum Internet Sdn Bhd 201401003925
Najib Asaddok yang dikenali sebagai Online Rocket Marketing ( ORM ) Expert membantu para usahawan, p
View all posts